Sunday 7 November 2021

Umur bukan ukuran, yang penting usaha dan kesungguhan.

 



Adik beradik datang untuk belajar. Insyaalllah Sitikids Team cuba sehabis baik. Umur bukan ukuran, yang penting usaha dan kesungguhan.

Bagus anak lelaki ni namanya sulaiman, si kakak nama zulaikha. Masa nak balik tadi sulaiman siap naik atas semula nak bagitahu, dia nak balik. Santun betul anak ini.
Sungguh! Jalan ke syurga itu tidak mudah. Hanya yang benar - benar kental jiwa akan bertahan. Terima kasih Allah pilih kami. Kau tahu kemampuan dan kekuatan kami.
Di saat orang lain rasa sabtu ahad sebagai hujung minggu. Sabtu ahad kami sediakan masa dan tenaga kami untuk jalan juang ini. Moga menjadi asbab kebaikan untuk kami beroleh rahmatMu.
Ya Allah! Kau mudahkanlah. Kau luaskanlah pintu rahmat dan rezekimu seluas langit dan bumi buat semua yang berjuang di jalan ini. Tetapkan hati kami di jalanMu. Cikgu Doakan Sulaiman dan Zulaikha serta seluruh anak didik Sitikids beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat.
~Yang Menulis ~
🌹 Cikgu Siti 🌹
Cikgu Baca & Ngaji

Thursday 26 August 2021

Pendedahan Sentuhan Sensori Kendiri.

 Teks: Siti Naimah Norman



Anak yang mendapat sentuhan fizikal dan juga emosi akan menjadi anak yang tinggi budipekerti.

Sentuhan fizikal bukan sahaja perlu diberikan oleh ibubapa kepada anak seperti belaian dan ciuman, tetapi anak itu sendiri perlu diberikan pendedahan sentuhan sensori kendiri.

Salah satunya berikan aktiviti yang anak boleh lakukan sendiri dengan pemantauan ibubapa. Ia membantu anak menguatkan saraf, otot dan melatih anak berdikari.



Sitikids Online Program

 Gambar: Sitikids


Kelas Cepat Membaca Melayu Bacalah Anakku


Kelas Cepat Membaca Melayu Bacalah Anakku

Kelas Seronoknya Mengaji Al Quran



Program Bantu Anak Membaca

  HARI MALAYSIA PROMO SMS RM1 PROMOSI SEMINAR MEMBACA SITIKIDS (SMS) RM1 SAHAJAA terhad untuk 50 set sahaja. RISAU ANAK BELUM BOLEH MEMBACA...